ADAT KELAHIRAN MASYARAKAT CINA
Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat
Cina dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas
lahir.
SEWAKTU MENGANDUNG
Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita
masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan
bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran,
kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa
diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian
mereka. Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita
mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak
lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui
pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat
sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik
keluarga suaminya.
SEBELUM KELAHIRAN
Dilarang Memaku
Dilarang Memaku
- Wanita cina yang mengandung
dilarang daripada melakukan kerja-kerja yang berat seperti memaku kerana
bimbang anak yang dikandung akan menjadi cacat kerana terkejut.
Menjaga
Tingkah Laku
- Wanita yang mengandung hendaklah
menjaga tingkah laku sepertu tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat dan
dilarang sama sekali memukul binatang kerana risau anak yang dikandung
akan terkena badi.
Hindari
Masalah
- Wanita yang mengandung dielakkan daripada memikirkan masalah yang berlaku tidak kira masalah keluarga atau suami kerana risau anak yang dikandung akan terganggu dengan permasalahan tersebut.
Pemakanan
- Wanita yang sedang mengandung
dilarang daripada makan makanan yang tajam dengan kerap seperti
"nenas" dan ''mangga' kerana akan menyebabkan anak yang
dikandung menjadi besar dan menyukarkan proses kelahiran nanti.
Dilarang
Menggosok Perut
- Wanita yang mengandung dielakkan
daripada menggosok perut terlalu kerapa kerana bimbang anak akan menjadi
manja.
SELEPAS KELAHIRAN
- Wanita yang telah bersalin
hendaklah berpantang selama 40 hari.
- Selain itu,mereka hendaklah memakai
pakaian dan stoking yang tebal kerana bimbang akan masuk angin.
- Disamping itu,mereka juga dielakkan
daripada mandi dan membasuh rambut dengan menggunakan air sejuk kerana
risau akan masuk angin.
- Seterusnya ialah mereka juga
dilarang daripada melakukan kerja-kerja yang berat kerana takut rahim akan
menjadi kendur.
Pusat bayi yang baru
dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan
untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat.
Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak
tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan.
Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi
yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua.
Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani
kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih
daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar
kata.
Dari segi pemakanan,
masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang
diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia
dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat
mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin disamping menguatkan semula
tenaga.
Kenduri
Seperti masyarakat
Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila bayi
mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning
yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya
diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan
telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati
ayam untuk ibu-ibu.
Mencukur Rambut
Seperti masyarakat
Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut Mereka mencukur
rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut
sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk
menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang
baru ke dalam masyarakat.
Memberi Nama
v Nama
orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah
kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara.
Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang
baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut
perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi
perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.
v Nama
yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan,
kemewahan dan kesejahteraan.
v Bunyi
nama mestilah sedap didengar.
v Nama
mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak
bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.
v Nama
yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat.
v Nama
mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling
melengkapi.
Oleh yang demikian,
nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi unsur Yin
dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan mempengaruhi perjalanan
hidup seseorang, samada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan.
Assignment anak. Thanks 🙂
ReplyDelete