PANTANG LARANG MASYARAKAT INDIA
Mendidihkan Susu

Mengikut adat resam kaum India, apabila sebuah keluarga pindah ke rumah baru,, susu hendaklah dididihkan terlebih dahulu di atas dapur masak yang baru sehingga ia melimpah keluar dari periuk. Ini adalah simbolik untuk rezeki yang sentiasa melimpah ruah untuk keluarga tersebut dan juga memberkati rumah baru. Susu yang telah dididih itu akan dipersembahkan untuk dewa-dewa terlebih dahulu sebelum diberikan kepada tetamu dengan sedikit gula.
Pecahkan Kelapa

Rumah baru bermakna anda mempunyai alasan baru untuk memecahkan barang!
Tapi ini bukan bermakna anda perlu menghancurkan rumah. Tiada apa yang akan dipecahkan melainkan kelapa.Mengikut tradisi kaum India, mereka akan menghempaskan sebiji kelapa di atas tanah/lantai sehingga pecah apabila membeli kereta baru atau rumah baru, sebagai tanda berkat.
Nombor Memainkan Peranan Penting

….Terutama sekali nombor 3, 8 dan 13.Nombor 8, mengikut numerologi dan astrologi kaum India, adalah ditadbir oleh planet Zuhal (Shani). Ia dikatakan membawa kemusnahan. Nombor yang berkaitan dengan angka 8, seperti 17 dan 26 (1+7=8 dan 2+6=8), juga dianggap nombor yang kurang bernasib baik. Lebih menarik, nombor 26 sering dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa malang, seperti tsunami yang telah melanda pada 26 Disember, 2004, dan tragedy letupan yang terjadi di Ahmedabad pada 26 September 2008. Anda boleh lihat artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.
Bukan itu sahaja. Nombor 3, dan 13 dikaitkan dengan pepatah agama Hindu iaitu "teen tigaada kaam bigaada" yang bermaksud "nasib malang akan terjadi apabila adanya tiga". Bagi sesetengah masyarakat kaum India, 13 haribulan yang jatuh pada hari Jumaat, juga membawa petanda tidak baik untuk beberapa kepercayaan lain.
Dilarang Memotong Rambut Pada Hari Selasa, Khamis dan Sabtu

Kenapa? Ini adalah kerana orang-orang tua percaya bahawa pada hari-hari tersebut, planet memancarkan sinar yang boleh membahayakan kesihatan dan kesejahteraan seseorang. Ia dikatakan bahagian otak manusia memainkan peranan penting bagi kita, dan mengikut kepercayaan, memotong rambut pada hari-hari dimana sinar akan dipancarkan menpunyai kesan negatif ke atas kepala.
Sila rujuk perkara di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai signifikasi hari- hari tersebut dari segi konteks agama dan sudut astrologi.
Hari Selesa
- Agama: Sekiranya anda memotong rambut pada hari Selasa, jangka hayat hidup anda dipendekkan sebanyak 8 bulan.
- Astrologi: Dari segi Astrologi, planet marikh wujud di dalam darah, dan rambut berasal dari darah. Memotong rambut anda pada hari Selasa boleh menyebabkan penyakit yang berkaitan dengan darah.
Hari Khamis
- Agama: Khamis merupakan hari Dewi Lakshmi (Dewi Kekayaan). Sekiranya anda memotong rambut pada hari ini, anda akan sentiasa tidak mempunyai wang yang cukup.
- Astrologi: Hari Khamis merupakan hari planet Musytari, yang mewakili kekayaan, pengetahuan dan keturunan. Sekiranya anda memotong rambut pada hari ini, daya kecerdasan dan kebijaksanaan anda akan berkurangan.
Sabtu
- Astrologi: Sabtu merupakan hari planet Zuhal, yang menandakan kematian serta meningkatkan kehidupan. Memotong rambut anda pada hari ini akan menyebabkan anda berisiko kehilangan 7 bulan dari jangka hayat hidup anda
Si ‘Mata Jahat’

Adakah anda pernah melihat buah limau dan cili diikat bersama di pintu hadapan rumah jiran-jiran anda? Itulah Nimbu-Mirchi-Totka, dan ia digunakan untuk menghindarkan "mata jahat", yang boleh membawa aura negatif kedalam rumah.
Adalah dipercayai bahawa Nimbu-Mirchi-Totka digunakan untuk menghalang Dewi Alakshmi (kakak kepada Dewi Lakshmi) daripada berada dekat dengan rumah kerana dia dipercayai membawa kemiskinan dan kesengsaraan. Dia juga suka akan benda yang masam, berperisa kuat dan pedas. Limau dan cili yang diikat diluar adalah untuk mengalihkan perhatian Dewi Alakshmi dan juga supaya dia beredar dari rumah tanpa mengutuskan ‘mata jahat’ ke dalam rumah.

Info-info mengenai pantang larang adalah sangat menarik! Ada yg sesetengah daripadanya sy pun tak tahu and gembira dpt tahu!
ReplyDeletekenapa kenapa ni?\
ReplyDeleteKenapa apa ye??
Delete