PERAYAAN MASYARAKAT CINA
Hari Wesak
Hari Wesak merupakan hari perayaan di dalam agama Buddha. Tidak kira dari mana alirannya samada Mahayana atau Theravada, mereka akan merayakan perayaan hari Wesak. Perayaan ini salah satu perayaan penting bagi memperingati Siddharta Gautama Buddha yang lahir di Lumbini, Nepal, sekitar 563-483 SM. Siddharta Gautama Buddha merupakan tokoh penting di dalam agama Buddha. Selain Siddharta Gautama Buddha, mereka juga mengimani adanya Buddha-Buddha lain. Akan tetapi, hari wesak ini hanya khusus memperingati Siddharta Gautama sahaja.
Perkataan Wesak adalah berasal daripada perkataan Pali iaitu Vesakha. Manakala di dalam bahasa Sanskrit pula disebut sebagai Vaisakha. Vaisakha adalah nama bulan di dalam kalender Hindu yang mengisyaratkan masuknya bulan kelima.
Menurut Ven. Dr. Madawela Punnaji di dalam bukunya The Philosophy of Vesak mengatakan di dalam kepercayaan Buddha, mereka melakukan perayaan di bulan ini sempena memperingati Siddharta Gautama Buddha sempena tiga perkara. Buddha dipercayai lahir pada purnama bulan Vesakha, beliau juga mendapat pencerahan agung dalam pertapaan dan beliau juga dikatakan meninggal di dalam bulan ini. Oleh itu, bulan ini dikira sangat penting bagi penganut Buddha untuk memperingatinya .
Dengan kata lain bagi memudahkan orang Islam Melayu memahaminya, ia adalah perayaan Maulid Buddha. Perkataan Maulid dalam bahasa arab bermaksud tempat atau waktu dilahirkannya seseorang. Seperti mana di dalam Kristian, mereka juga ada hari memperingati kelahiran Jesus Christ pada 25 Disember (Krismas) dengan beranggap hari itu hari Jesus dilahirkan. Begitu juga terdapat sebahagian umat Islam yang menyambut Maulid kepada nabi Muhammad SAW pada 12 rabiul Awal dengan beranggap tarikh itu nabi Muhammad dilahirkan.
Jika diperhatikan kepada semua sumber, pada zaman awal ketiga-tiga tokoh ini tidak pernah menganjurkan membuat perayaan bagi memperingatinya samada merayakan pada hari kelahirannya atau kematiannya. Akan tetapi perayaan ini ia dilakukan oleh generasi seterusnya bagi memperingati tokoh-tokoh mereka.
Begitu juga di dalam perayaan Vesak. Sejarah memperingati Buddha pada bulan Vesakha bermula selepas kematian Siddharta Gautama Buddha dan perayaan ini ia diselaraskan secara rasmi pada persidangan pertama World Fellowship of Buddhists di Sri Lanka pada tahun 1950. Mereka bersepakat untuk meraikan setiap kali purnama dalam bulan Mei.
Pada hari tersebut, para penganut Buddha akan menziarahi biara dan kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha. Mereka juga (khususnya Cina Buddha: Mahayana) akan berarak beramai-ramai sambil membawa seni hias berupa patung Buddha dan simbol berkaitan dengan Buddha di jalan raya pada malam Wesak. Antara simbol ikon yang dilambangkan kepada Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan benda peninggalan Buddha. Para penganut Buddha juga akan melafazkan Triratna iaitu tiga ucapan perlindungan kepada Buddha, Dhamma dan Sangha untuk memperbaharui azam mereka kepada ajaran Buddha.
Kebiasaan yang dapat dilihat pada perayaan Wesak ini mereka akan menyediakan hiasan dan simbol bunga teratai berwarna merah jambu. Teratai merah jambu ini dikira tahap tertinggi dan simbolik kesucian seseorang seperti Buddha dan dewa-dewi. Oleh itu bunga teratai simbolik kepada Buddha.
Hari Wesak merupakan hari perayaan di dalam agama Buddha. Tidak kira dari mana alirannya samada Mahayana atau Theravada, mereka akan merayakan perayaan hari Wesak. Perayaan ini salah satu perayaan penting bagi memperingati Siddharta Gautama Buddha yang lahir di Lumbini, Nepal, sekitar 563-483 SM. Siddharta Gautama Buddha merupakan tokoh penting di dalam agama Buddha. Selain Siddharta Gautama Buddha, mereka juga mengimani adanya Buddha-Buddha lain. Akan tetapi, hari wesak ini hanya khusus memperingati Siddharta Gautama sahaja.
Perkataan Wesak adalah berasal daripada perkataan Pali iaitu Vesakha. Manakala di dalam bahasa Sanskrit pula disebut sebagai Vaisakha. Vaisakha adalah nama bulan di dalam kalender Hindu yang mengisyaratkan masuknya bulan kelima.
Menurut Ven. Dr. Madawela Punnaji di dalam bukunya The Philosophy of Vesak mengatakan di dalam kepercayaan Buddha, mereka melakukan perayaan di bulan ini sempena memperingati Siddharta Gautama Buddha sempena tiga perkara. Buddha dipercayai lahir pada purnama bulan Vesakha, beliau juga mendapat pencerahan agung dalam pertapaan dan beliau juga dikatakan meninggal di dalam bulan ini. Oleh itu, bulan ini dikira sangat penting bagi penganut Buddha untuk memperingatinya
Dengan kata lain bagi memudahkan orang Islam Melayu memahaminya, ia adalah perayaan Maulid Buddha. Perkataan Maulid dalam bahasa arab bermaksud tempat atau waktu dilahirkannya seseorang. Seperti mana di dalam Kristian, mereka juga ada hari memperingati kelahiran Jesus Christ pada 25 Disember (Krismas) dengan beranggap hari itu hari Jesus dilahirkan. Begitu juga terdapat sebahagian umat Islam yang menyambut Maulid kepada nabi Muhammad SAW pada 12 rabiul Awal dengan beranggap tarikh itu nabi Muhammad dilahirkan.
Jika diperhatikan kepada semua sumber, pada zaman awal ketiga-tiga tokoh ini tidak pernah menganjurkan membuat perayaan bagi memperingatinya
Begitu juga di dalam perayaan Vesak. Sejarah memperingati Buddha pada bulan Vesakha bermula selepas kematian Siddharta Gautama Buddha dan perayaan ini ia diselaraskan secara rasmi pada persidangan pertama World Fellowship of Buddhists di Sri Lanka pada tahun 1950. Mereka bersepakat untuk meraikan setiap kali purnama dalam bulan Mei.
Pada hari tersebut, para penganut Buddha akan menziarahi biara dan kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha. Mereka juga (khususnya Cina Buddha: Mahayana) akan berarak beramai-ramai sambil membawa seni hias berupa patung Buddha dan simbol berkaitan dengan Buddha di jalan raya pada malam Wesak. Antara simbol ikon yang dilambangkan kepada Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan benda peninggalan Buddha. Para penganut Buddha juga akan melafazkan Triratna iaitu tiga ucapan perlindungan kepada Buddha, Dhamma dan Sangha untuk memperbaharui azam mereka kepada ajaran Buddha.
Kebiasaan yang dapat dilihat pada perayaan Wesak ini mereka akan menyediakan hiasan dan simbol bunga teratai berwarna merah jambu. Teratai merah jambu ini dikira tahap tertinggi dan simbolik kesucian seseorang seperti Buddha dan dewa-dewi. Oleh itu bunga teratai simbolik kepada Buddha.
Comments
Post a Comment